Prof Hariz Internet Marketing by PolicyStreet


Siapa yang tidak kenal dengan Muhammad Ridhauddin Hariz Bin Rosli atau lebih dikenali dengan Prof Hariz? 
Prof Hariz merupakan satu nama yang tidak asing lagi dalam Internet marketing Malaysia.  Berasal dari Permatang Pauh Pulau Pinang. Kisah kejayaaan anak muda yang tabah ini telah menarik minat dan menjadi inspirasi anak muda yang lain mencontohi beliau untuk berjaya dalam hidup dalam usia yang agak muda, Kejayaan yang dicapai beliau sehingga kini bukanlah dicapai dengan mudah kerana pelbagai usaha dilakukan beliau bagi memastikan beliau sampai ke tahap yang beliau impikan sekarang.

Untuk pengetahuan, Internet marketing merupakan satu kaedah pemasaran melalui internet atau erti kata lain adalah sebuah bentuk dari pemasaran dan periklanan melalui atau menggunakan media atas talian (online) atau internet untuk memaklumkan tentang promosi tentang sesuatu produk kepada pengguna.







=========================================================


SIAPAKAH PROF HARIZ?
Beliau adalah pemegang Diploma Sistem Komputer dari Kolej ADTEC Melaka, bidang komputer dan internet.
🔻
Seterusnya, melangkah ke alam pekerjaan di dalam bidang online marketing dan pemasaran secara atas talian.
🔻
Pada tahun 2014, beliau menubuhkan syarikat sendiri iaitu PH ProjectBaseResources.
  • Beliau berkecimpung dengan kaedah pemasaran atas talian menggunakan media sosial, strategi pemasaran menggunakan email, Google Analytics, Search Engine Optimization (SEO), rekabentuk laman web dan pemasaran melalui konsep funnel marketing.
  • Beliau telah membantu ramai peniaga serta syarikat-syarikat dalam menambahbaik strategi pemasaran atas talian.
🔻
Kepakaran yang ada dalam SEO menyebabkan beliau dilamar Exabytes Group Sdn Bhd.
  • Dipertanggungjawab untuk menjana idea-idea baru serta menerokai strategi-strategi pemasaran yang inovatif menggunakan teknologi internet yang terkini seperti penghasilan penghasilan laman web blog, komuniti media sosial dan kaedah-kaedah komunikasi yang lain.
🔻
Pada tahun 2017, menjawat jawatan yang lebih tinggi di syarikat As White Global Sdn Bhd sebagai Penasihat SEO yang terkemuka diMalaysia.
  • Menyediakan perkhidmatan SEO kepada klien-klien tidak kira di Malaysia mahupun diluar negara.
=========================================================

PENCAPAIAN PROF HARIZ
1. Menganjurkan program diet iaitu ''Prof Hariz Kongsi Tips Kurus'' bersama Utusan Malaysia pada Ogos 2014 yang melibatkan seramai 500 peserta di seluruh Malaysia secara online.
2. Mendapat pengiktirafan sebagai Top 3 Affiliate Malaysia oleh Infokerjaya pada Disember 2014 kerana berjaya menjana jualan sehingga RM100,000 dalam masa 5 bulan melalui penjualan e-book kerjaya serta membantu calon-calon menduduki peperiksaan online dan temuduga SPA.
3. Menganjurkan seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog di Karangkaraf pada Disember 2014 di mana beliau berkongsi pengalaman beliau menjejaki dunia perniagaan secara affiliate dan dapat menjana puluhan rinu ringgit dalam tempoh masa yang singkat.
4. Menganjurkan pelbagai bengkel-bengkel dan seminar-seminar, antaranya: 


  • Bengkel/seminar bertajuk: Buat Duit Dengan Blog di Politeknik Seberang Perai pada Mac 2015.
  • Bengkel Affiliate Ninja pada April 2015. 
  • Bengkel Email Marketing pada Jun 2015.  
  • Private group coaching bersama Shaklee Malaysia pada Disember 2015, untuk strategi penjualan sebanyak RM10 juta pada tahun 2016.

5. Bekerjasama dengan Irfan Khairi pada Februari 2016 dalam seminar khusus bagi peniaga-peniaga dalam membuat penjualan dengan blog.
6. Menganjurkan Private Coaching Group 365 - Bagaimana menjana Pendapatan 4 Angka Dengan Blog pada Ogos 2016 bersama 40 orang surirumah, hasil daripada program telah berjaya membantu 10 orang surirumah untuk menjana pendapatan sekitar RM10,000 sebulan secara konsisten.



7. Ditemuramah oleh Astro Awani pada Disember 2016 dengan memberikan pandangan beliau berkenaan dengan Potensi Digital Ekonomi untuk negara Malaysia pada masa yang sama Jack Ma (Pengasas & Pemilik syarikat gergasi Alibaba Group of Companies) telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Digital Kerajaan Malaysia.

=========================================================


PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN OLEH PROF HARIZ SEBAGAI INTERNET MARKETING MALAYSIA
Prof Hariz menawarkan perkhidmatan SEO yang mana membantu para usahawan dalam dunia perniagaan terutama membuat servis SEO untuk perniagaan secara atas talian. Prof Hariz  juga menawarkan servis review di blog beliau www.profhariz.com kepada usahawan yang ingin memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai. Artikel review itu adalah artikel yang mempunyai unsur-unsur SEO yang mana dapat meningkatkan jualan anda kepada double dan triple daripada biasa.
  • Marketing di Google
  • Personal coaching Zero Marketing to Hero
  • Funnel Marketing
  • Review
Bagi sesiapa yang baru sahaja memulakan perniagaan atau sudah lama berkecimpung di dalam dunia perniagaan tetapi tidak tahu untuk membuat marketing. Anda boleh menghubungi Prof Hariz sebagai penasihat anda melalui info dibawah


Info Mengenai Prof Hariz


=========================================================


Prof Hariz Marketing Internet Malaysia by PolicyStreet


Terkini beliau bekerja di salah sebuah syarikat insurans, PolicyStreet. Prof Hariz dilantik dan diamnahkan untuk menjadi Pengurus Internet Marketing di syarikat ini


PolicyStreet adalah insurans yang senang, mudah dan mampu bayar. PolicyStreet lebih menumpukan kepada mereka yang memerlukan insurans seperti syarikat, universiti, usahawan, kelab kesihatan dan macam-macam lagi kumpulan:

  • Insurans perubatan
  • Diabetis
  • Kanser
  • Kehidupan yang mampu
  • Tulang belakang
  • Bantuan jalan raya jangka pendek
  • Peralatan musik
  • Perbehentian kerja
Lebih membanggakan PolicyStreet juga menawarkan insurans untuk produk-produk yang lebih kecil antaranya:
  • Keracunan makanan
  • Kerosakkan rambut
  • Sewaan
  • Berbasikal
  • Keracunan alkohol
  • Menonton
  • Mendaki
  • Penyewa
  • Perlawanan bola sepak
  • Cinta 
  • Peralatan musik
  • Perkahwinan
  • Majlis pengebumian
Sesiapa yang inginkan insurans, boleh hubungi PolicyStreet, syarikat insurans yang mengambil berat tentang keperluan anda. Bersama-samalah mencipta masa depan bersama PolicyStreet.



Info Mengenai PolicyStreet


Contest Cash RM1100 by PH x Emas Putih di Sponser Oleh Prof Hariz dan Emas Putih. Untuk join contest ini sila rujuk disini .


Comments

Popular posts from this blog

#JOMCOOL with my coolest 'Cool Blog'!

Kem Anak Soleh Cerdik Haji untuk Si Cilik 2017